Transformasi Nasional 2050 Visi Baharu Malaysia. Apa itu TN50? Najib Abdul Razak memperkenalkan wawasannya sendiri yang dinamakan Transformasi Nasional 2050 (TN50) dalam Pembentangan Bajet 2017 di Dewan Rakyat.
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Abdul Razak memperkenalkan wawasannya sendiri yang dinamakan Transformasi Nasional 2050 (TN50) dalam Pembentangan Bajet 2017 di Dewan Rakyat. Kerajaan akan memperkenalkan siri wacana nasional ke arah membentuk #TN50 Transformasi Nasional 2050.
"Sudah tiba masanya untuk membiarkan 'legasi lama berlalu'...'TN50', inilah azimat kita mulai kini, biarlah legasi lama berlalu pergi. Harapan masa depan Malaysia kita baharui" tegas Perdana menteri, tanpa mengaitkannya dengan Wawasan 2020 yang diilhamkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad .
"Kalau Dasar Ekonomi Baru dulu, Allahyarham Tun Razak rencanakan untuk menyediakan Generasi Baharu yang berjaya dalam tempoh 30 tahun, begitulah TN50 ini akan menjangkau tiga dekad proses dan gerak kerjanya, bagi membentuk satu negara bangsa yang benar-benar berwibawa serta berminda par excellence"
"Biarlah TN50 ini menjadi saksi dan berkalamlah tawarikh bahawa, Kita adalah bapa-bapa atau nenek moyang yang bertanggungjawab, mahu mewariskan yang terbaik dan terhebat, diperturunkan kepada generasi hari muka"