Masyarakat Perlu Bertolak Ansur

Bersama hidup sejahtera di bawah naungan Islam. Islam mengajak seluruh manusia ke arah membina sebuah negara yang sejahtera dengan Islam. S...

Bersama hidup sejahtera di bawah naungan Islam. Islam mengajak seluruh manusia ke arah membina sebuah negara yang sejahtera dengan Islam.

Semua bangsa dan agama akan diraikan dan dilindungi di bawah sistem Islam.

Sebagaimana kita menerima hakikat bahawa wujudnya kepelbagaian bangsa adalah ciptaan Allah kepada mahkluknya, begitulah juga kita menerima hakikat bahawa manusia ada pelbagai pegangan dan kepercayaan agama.

Menghormati kepercayaan orang lain adalah perintah agama dan dalam masa yang sama kebenaran Islam mesti disampaikan kepada seluruh manusia. Tetapi tiada paksaan sesiapa pun untuk memeluk Islam.

Insiden kes pukul di masjid yang baru berlaku hanya sekadar kes terpencil yang tak perlu diapi-apikan sehingga nyalaannya marak membakar sentimen perkauman dan keagamaan. Tiada siapa yang akan untung akhirnya.

Ianya boleh diselesaikan secara damai dengan melihat kepada punca kejadian tanpa diseret dengan emosi dan luapan kepanasan yang tak perlu.

Mungkin laluan kereta Camry itu terhalang. Tapi bertindak membunyikan hon secara tak wajar boleh ditafsirkan orang bahawa pemandu kereta sengaja menimbulkan provokasi yang tak perlu.

Ajaran Islam saling menghormati tempat ibadat. Kalau ada pemandu Islam yang membunyikan hon bertalu-talu depan gereja pun tetap tak wajar sama sekali.

Kalau pemandu Camry tersebut memang tinggal berdekatan dengan masjid yang berkenaan, tentu dia sedia maklum, orang Islam bila sedang solat, kamu tekan hon macam mana sekalipun, orang tak akan berhenti solat sehinggalah selesai.

Lantas perbuatan tekan hon berkali-kali memang ada unsur provokasi dan gangguan yang tak wajar.

Apatah lagi bila disusuli dengan kata-kata yang tak manis terhadap para jemaah. Seseorang perlu menasihatinya supaya lebih bertolak ansur dan belajar menghormati agama orang lain.

Tidak memikirkan hak orang lain dilarang dlm ajara Islam. Itulah Islam yg Sebenar.

Namun bagi Melayu sudah menjadi budaya Melayu Islam, bila melakukan ibadah, mereka tidak menghiraukan apa pun.

Peraturan akan dilanggar begitu saja. Undang-undang pada mereka sudah tiada atas kesucian mutlak diri yg ingin melakukan ibadah.

Tidak mengisahkan orang lain dgn meletakkan kenderaan ditengah jalan itu bukannya hal untuk mereka fikirkan kerana mereka ingin beribadah. Sikap ini menebal dan sukar diubah.

Sangat baik kalau dapat diadakan pertemuan susulan antara pihak masjid dan pemandu Camry tersebut.

Saya yakin segalanya akan dapat diselesaikan dengan cara yang paling harmoni. Ada sikit sebanyak salah faham, boleh sama-sama berlapang dada demi keharmonian dalam masyarakat. Tak ada siapa yang untung andai hidup saling membenci.

Islam tak pernah anti dengan mana-mana kaum kerana kita semua anak cucu Nabi Adam belaka. Sama-sama hidup menumpang atas muka bumi Allah.

Saling kenal mengenal dan saling memerlukan antara sesama kita. Lantas apa perlunya permusuhan. Islam jangan diganggu gugat dan kita orang Islam memang tak ganggu orang lain.

Mari bersama kita hidup sejahtera di bawah naungan Islam.



rePosted via Rainme Redmi
Name

Agama Budaya Ekonomi Pengertian
false
ltr
item
Pesan Untuk Awak: Masyarakat Perlu Bertolak Ansur
Masyarakat Perlu Bertolak Ansur
Pesan Untuk Awak
https://pesanuntukawak.blogspot.com/2017/05/masyarakat-perlu-bertolak-ansur.html
https://pesanuntukawak.blogspot.com/
https://pesanuntukawak.blogspot.com/
https://pesanuntukawak.blogspot.com/2017/05/masyarakat-perlu-bertolak-ansur.html
true
7980616351841776136
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy