Perokok adalah Fasik Tidak Sah menjadi Wali dan Saksi. Perokok perlu mengucap dua kalimah syahadah dan bertaubat untuk menjadi wali dan saksi pernikahan. Hukum Perokok menjadi Wali dan Saksi Penikahan.
Hukum Perokok menjadi Wali dan Saksi Penikahan. Golongan Perokok adalah Fasik. Perokok tidak sah menjadi wali dan saksi. Perokok perlu mengucap dua kalimah syahadah dan bertaubat untuk menjadi wali dan saksi pernikahan. Anda Tanya, Jakim Jawab. Kemusykilan Agama No. Rujukan Soalan: 100733 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
SOALAN: Adakah Benar Pendapat Yeng Mengatakan Perokok Adalah Golongan Fasik Yang Tidak Boleh Menjadi Wali Dan Saksi Untuk Pernikahan? Pendapat itu jugak mengatakan pernikahan yang diwalikan/disaksikan oleh golongan perokok ini tidah sah?
JAWAPAN: Assalamualaikum w.b.t, Saudara / Saudari yang dirahmati Allah. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan HUKUM MEROKOK Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah HARAM dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.
Dalam isu merokok ini, sebab yang menjadikannya haram ialah kesan mudharat dan bahayanya sehingga meruntuhkan lima asas utama (al-Kulliyatul Khams) yang wajib dipelihara oleh setiap manusia iaitu agama, jiwa, maruah keturunan, akal dan juga harta.
Berdasarkan fatwa di atas maka GOLONGAN PEROKOK ADALAH FASIQ maka TIDAK SAH MENJADI WALI DAN SAKSI. Golongan ini boleh menjadi wali dan saksi setelah mengucap dua kalimah syahadah dan bertaubat sebelum aqad berlangsung.