Hobi Berselfie dengan Buah-buahan istimewa bersama Durian Raja Buah. Kenangan istimewa Bercuti Cameron Highland dan Senarai 10 Jenis Durian di Malaysia. Durian kesan baunya lama. Kisah Untuk Awak Hantu Durian
Budaya Berselfie dengan Buah-buahan. Semasa pergi Bercuti Cameron Highland kawan aku suruh snap gambar memetik strawberry. Lalu tanpa membuang masa diupload di laman sosial facebook. Bila ditanya kenapa? Pantas bagai dijawabnya nak tunjuk pada rakan-rakan yang lain. Aku bertanya lagi; Tapi kenapa strawberry? Spontan dijawab sebab kat Cameron Highland aje ada strawberry ni.
Agak-agaknya masih adakah orang bergambar bangga dengan strawberry. Betul ke ada orang yang terkejut melihat gambar selfie memetik strawberry merah? Jika ada, agaknya macam mana kalau aku pergi cameron dan upload gambar petik buah durian dengan caption "seronoknya petik durian di Cameron Highland".. Ah! Lupakan saja, nanti mesti ada yang terkejut pengsan. Ada ke gambar selfie Petik Durian di Cameron Highland.
Kalau cerita pasal Durian ni.. Siapa yang hafal dan kenal nama-nama durian di Malaysia, memang saya salute. Kepada yang tak tau, anda tidak keseorangan kerana kita sama. Jadi aku kongsikan 10 Jenis Durian di Malaysia. Aku mesti rasa ramai yang tidak tahu kan.
10 Jenis Durian Di Malaysia
Durian Mao Shan Wang/Musang King
Nama Lain: Butter durian, Cat Mountain King, Rajah KunyitWarna: Kuning terang
Asal: Kelantan, Pahang dan Johor
Rasa: Manis dan Pahit, Teksttur berkrim.
Durian Golden Phoenix
Nama Lain: Jin FengWarna: Kuning pucat dan keputihan
Asal: Pahang, Johor
Rasa: Pahit dengan tekstur agak berair dan bau yang tajam
Durian XO
Warna: Kuning pucatAsal: Johor, Genting, Cameron Highlands
Rasa: Pahit dan lembut, isinya tebal.
Durian D24
Nama Lain: SultanWarna: Kuning pucat
Rasa: Berkrim dan juga pahit
Asal: Johor, Pahang, Cameron Highlands
Durian D13
Warna: OrenRasa: Manis, kurang berbau dan rasa manisnya tidak terlalu kuat. Durian ini mempunyai biji yang besar. Sesuai buat orang yang pertama kali mencuba durian.
Asal: Johor, Segamat
Durian D1
Warna: Kuning pucatRasa: Bijinya kecil dan ada sedikit rasa susu. Isinya mudah terpisah dari biji dan sedikit rangup di permukaan
Asal: Johor
Durian D101
Warna: Kuning kusamRasa: Rasanya sedikit manis dan berkrim
Asal: Pahang, Johor
Durian Red Prawn
Nama Lain: Hong Xia, Ang HayWarna: Jingga kemerahan
Rasa: Sedikit melekit dan manis
Asal: Pahang, Johor
Durian Green Bamboo
Nama Lain: Qing ZhuWarna: Kuning kusam beserta kehijauan
Rasa: Manis dan isinya mempunyai serat makanan
Asal: Johor
Durian Black Pearl
Nama Lain: Hei Zhen ZhuWarna: Kuning pucat
Rasa: Sedikit pahit, berlemak dan mempunyai biji yang kecil
Asal: Johor
Hantu Durian Raja Buah
Awak Hantu Durian tak? Saya makan juga buah durian tapi tak bersungguh sangat. Hampir semua makanan yang kesan baunya lama, saya kurang berminat. Anda semua pasti ada kenangan istimewa bersama Durian Raja Buah dalam kehidupan, boleh juga berkongsi di sini.