Jebak Burung Tekukur vs Doa Seorang Rakan

Jebak Burung Tekukur vs Doa Seorang Rakan. Ertinya DOA Insan. Doa adalah penyerahan bukan tuntutan. Kisah yang boleh dijadikan pesan untuk awak. Doa kepada Allah yang Satu.

Pengertianya DOA Insan. Allah suka makhluk meminta Doa kepada-Nya setiap saat. Jangan meminta pertolongan selain dari Allah. Berdoalah apa saja hajat kepada Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Jika sama seperti saya.. Itulah yang selalu saya dengar sejak di bangku sekolah rendah lagi. Saya ingin berkongsi maengenai Doa seorang hamba yang lemah kepada Allah, tuhan yang maha Esa. Tapi sebelum itu, ada satu kisah yang hingga kini masih terkesan dalam hidupku. Kisah yang boleh dijadikan pesan untuk awak.
Doa Adalah Penyerahan Bukan Tuntutan

Saya masih ingat seorang kawan ketika saya masih kecil yang popular kerana dikatakan tidak pernah tinggal solat walaupun demam. Ketika itu kami darjah 3. Dia sering ke belakang blok kelas membawa bakul dan sehelai kain pelikat di dalamnya. Bakul diletak di bawah pokok asam jawa dan tak berapa jauh dia duduk bersila dgn kain pelikat diriba. Dia pejam mata dan tangan diangkat sekali sekala seakan berdoa.

Beberapa kali saya terserempak dengan moment seperti itu. Hingga satu hari saya bertanya dan dia menjawab. Dia memang rakan saya yang cerdik, penerangannya menarik sekali dan mudah untuk saya fahami. Sejak itu, beberapa kali juga saya melakukannya bersama-sama. Rakan saya itu sungguh tabah langsung tidak berputus asa. Saya jika lebih 30 minit saja sudah hilang fokus, Ah! dan selalu berlalu pergi meninggalkannya seorang diri yang terus berdoa kepada Allah supaya burung terkukur di atas pokok asam jawa itu masuk ke dalam bakulnya.

Dia sering mengatakan kita tak boleh putus asa berdoa kepada Allah. Ya, betul.. saya pun tahu tu. Ia kata-kata Ustaz kelas agama petang kami juga. Sebagai kawan, sekejap-sekejap ada juga aku duduk di sebelahnya dan bergabung doa supaya burung itu masuk ke dalam bakul. Dia memang suka sangat burung terkukur pokok asam jawa tu.

Melihat kesungguhannya ketika itu, entah berapa lama agaknya dia akan terus berdoa kepada Allah supaya burung tekukur itu masuk ke dalam bakulnya itu. Ya, setiap pemulaan pasti ada penamatnya. Sehinggalah tiba di suatu petang. Petang itu memang saya akan ingat selama-lamanya. Saya sepantas mungkin berlari dari padang bola ke belakang blok setelah terdengar suara meraung-raung macam orang nak gila. Kawan saya berguling-guling di atas tanah dan tidak henti meraung. Tapi saya lebih berminat pada bakul di bawah pokok asam jawa itu. Takde apa pun.. Ingatkan dapat burung.

Saya cuba menenangkan kawan saya itu.. tangannya menunjuk-nunjuk ke arah pokok asam jawa tu. Saya pelik, sebab tiada apa pun di pokok itu. Bila saya menghampiri pokok tu mmng xde apa-apa pun. Bakul pun kosong. Kawanku jerit suruh tengok atas.. Saya tengok baetul-betul, akhirnya aku terlihat ada jebak burung.. itu jebak budak tahun 6 yang ayahnya memang pakar bab burung ni. Tiba-tiba jebak itu bergerak-gerak. Oh! ada tekukur seekor di dalammnya.. ya, itu terkukur yang diidam-idamkan kawanku itu.

Dengan rasminya, saya menamakan tragedi yang berlaku itu "Jebak Burung Tekukur vs Doa Seorang Rakan"

Doa kepada Allah yang Satu

Janganlah Kerana Kelambatan Masa Pemberian Tuhan Kepada Kamu, Padahal Kamu Telah Bersungguh-Sungguh Berdoa, Membuat Kamu Berputus Asa, Sebab Allah Menjamin Untuk Menerima Semua Doa, Menurut Apa Yang Dipilih-Nya Untuk Kamu, Tidak Menurut Kehendak Kamu, Dan Pada Waktu Yang Ditentukan-Nya, Tidak Pada Waktu Yang Kamu Tentukan.

Apabila kita berkehendak mendapatkan sesuatu sama ada duniawi mahupun ukhrawi maka kita akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya. Jika usaha kita tidak mampu memperolehinya kita akan meminta pertolongan daripada orang yang mempunyai kuasa.

Jika mereka juga tidak mampu membantu kita untuk mencapai hajat kita maka kita akan memohon pertolongan daripada Allah s.w.t, menadah tangan ke langit sambil air mata bercucuran dan suara yang merayu-rayu menyatakan hajat kepada-Nya. Selagi hajat kita belum tercapai selagi itulah kita bermohon dengan sepenuh hati.

Tidak ada kesukaran bagi Allah s.w.t untuk memenuhi hajat kita. Sekiranya Dia mengurniakan kepada kita semua khazanah yang ada di dalam bumi dan langit maka pemberian-Nya itu tidak sedikit pun mengurangi kekayaan-Nya. Andainya Allah s.w.t menahan dari memberi maka tindakan demikian tidak sedikit pun menambahkan kekayaan dan kemuliaan-Nya.

Jadi, dalam soal memberi atau menahan tidak sedikit pun memberi kesan kepada ketuhanan Allah s.w.t. Ketuhanan-Nya adalah mutlak tidak sedikit pun terikat dengan kehendak, doa dan amalan hamba-hamba-Nya.

Dan Allah berkuasa melakukan apa yang di kehendaki-Nya. (Ayat 27:Surah Ibrahim)

Semuanya itu tunduk di bawah kekuasaan-Nya. (Ayat 116:Surah al-Baqarah)

Ia tidak boleh ditanya tentang apa yang Ia lakukan, sedang merekalah yang akan ditanya kelak. (Ayat 23:Surah al-Anbiyaa')

Sebahagian besar daripada kita tidak sedar bahawa kita mensyirikkan Allah s.w.t dengan doa dan amalan kita. Kita jadikan doa dan amalan sebagai kuasa penentu atau setidak-tidaknya kita menganggapnya sebagai mempunyai kuasa tawar menawar dengan Tuhan, seolah-olah kita berkata;
"Wahai Tuhan! Aku sudah membuat tuntutan maka Engkau wajib memenuhinya. Aku sudah beramal maka Engkau wajib membayar upahnya!"

Siapakah yang berkedudukan sebagai Tuhan, kita atau Allah s.w.t? Sekiranya kita tahu bahawa diri kita ini adalah hamba maka berlagaklah sebagai hamba dan jagalah sopan santun terhadap Tuan kepada sekalian hamba-hamba. Hak hamba ialah rela dengan apa juga keputusan dan pemberian Tuannya.

Doa Adalah Penyerahan Bukan Tuntutan

Doa adalah penyerahan bukan tuntutan. Kita telah berusaha tetapi gagal. Kita telah meminta pertolongan makhluk tetapi itu juga gagal. Apa lagi pilihan yang masih ada kecuali menyerahkan segala urusan kepada Tuhan yang di Tangan-Nya terletak segala perkara.

Serahkan kepada Allah s.w.t dan tanyalah kepada diri sendiri mengapa Tuhan menahan kita dari memperolehi apa yang kita hajatkan? Apakah tidak mungkin apa yang kita inginkan itu boleh mendatangkan mudarat kepada diri kita sendiri, hingga lantaran itu Allah s.w.t Yang Maha Penyayang menahannya daripada sampai kepada kita? Bukankah Dia Tuhan Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang lagi Maha Mengetahui.

Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia Maha Halus urusan Tadbiran-Nya, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya. (Ayat 14:Surah al-Mulk)

Dialah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, (dan Dialah jua) yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Ayat 18:Surah at-Taghaabun)

Apa sahaja ayat keterangan yang Kami mansuhkan (batalkan), atau yang Kami tinggalkan (atau tangguhkan), Kami datangkan ganti yang lebih baik daripadanya, atau yang sebanding dengannya. Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu? (Ayat 106:Surah al-Baqarah)

Allah s.w.t Maha Halus (Maha Terperinci/Detail), Maha Mengerti dan Maha Mengetahui yang ghaib dan yang nyata. Allah s.w.t yang bersifat demikian menentukan buat diri-Nya yang apa sahaja yang Dia mansuhkan digantikannya dengan yang lebih baik atau yang sama baik. Dia boleh berbuat demikian kerana Dia tidak bersekutu dengan sesiapa pun dan Dia Maha Berkuasa.

Seseorang hamba sentiasa berhajat kepada pertolongan Tuhan. Apa yang dihajatinya disampaikannya kepada Tuhan. Semakin banyak hajatnya semakin banyak pula doa yang disampaikannya kepada Tuhan. Kadang-kadang berlaku satu permintaan berlawanan dengan permintaan yang lain atau satu permintaan itu menghalang permintaan yang lain.

Manusia hanya melihat kepada satu doa tetapi Allah s.w.t menerima kedatangan semua doa dari satu orang manusia itu. Manusia yang dikuasai oleh kalbu jiwanya berbalik-balik dan keinginan serta hajatnya tidak menetap.

Tuhan yang menguasai segala perkara tidak berubah-ubah. Manusia yang telah meminta satu kebaikan boleh meminta pula sesuatu yang tidak baik atau kurang baik. Tuhan yang menentukan yang terbaik untuk hamba-Nya tidak berubah kehendak-Nya. Dia telah menetapkan buat Diri-Nya: 
Bertanyalah (wahai Muhammad): "Hak milik siapakah segala yang ada di langit dan di bumi?" Katakanlah: "(Semuanya itu) adalah milik Allah! Ia telah menetapkan atas diri-Nya memberi rahmat." (Ayat 12:Surah al-An’aam)

Orang yang beriman selalu mendoakan: "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka". (Ayat 201:Surah al-Baqarah)

Hamba yang mendapat rahmat dari Allah s.w.t diterima doa di atas dan doa tersebut menjadi induk kepada segala doa-doanya. Doa yang telah diterima oleh Allah s.w.t menapis doa-doa yang lain. Jika kemudiannya si hamba meminta sesuatu yang mendatangkan kebaikan hanya kepada penghidupan dunia sahaja, tidak untuk akhirat dan tidak menyelamatkannya dari api neraka, maka doa induk itu menahan doa yang datang kemudian. Hamba itu dipelihara daripada didatangi oleh sesuatu yang menggerakkannya ke arah yang ditunjukkan oleh doa induk itu. 

Jika permintaannya sesuai dengan doa induk itu dia dipermudahkan mendapat apa yang dimintanya itu. Oleh sebab itu doa adalah penyerahan kepada Yang Maha Penyayang dan Maha Mengetahui. Menghadaplah kepada-Nya dan berserah diri kepada-Nya serta ucapkan:

"Wahai Tuhanku Yang Maha Lemah-lembut, Maha Mengasihani, Maha Mengetahui, Maha Bijaksana! Daku adalah hamba yang bersifat tergopoh gapah, lemah dan jahil. Daku mempunyai hajat tetapi daku tidak mengetahui kesannya bagiku, sedangkan Engkau Maha Mengetahui. Sekiranya hajatku ini baik kesannya bagi dunia dan akhiratku dan melindungiku dari api neraka maka kurniakan ia kepadaku pada saat yang baik bagiku menerimanya. Jika kesudahannya buruk bagi dunia dan akhiratku dan mendorongku ke neraka, maka jauhkan ia daripadaku dan cabutkanlah keinginanku terhadapnya. Sesungguhnya Engkaulah Tuhanku Yang Maha Mengerti dan Maha Berdiri Dengan Sendiri".

Dan Tuhanmu menciptakan apa yang dirancangkan berlakunya, dan Dialah juga yang memilih (satu-satu dari makhluk-Nya untuk sesuatu tugas atau keutamaan dan kemuliaan); tidaklah layak dan tidaklah berhak bagi sesiapapun memilih (selain dari pilihan Allah). Maha Suci Allah dan Maha Tinggilah keadaan-Nya dari apa yang mereka sekutukan dengan-Nya. (Ayat 68:Surah al-Qasas)
Name

Agama Budaya Ekonomi Pengertian
false
ltr
item
Pesan Untuk Awak: Jebak Burung Tekukur vs Doa Seorang Rakan
Jebak Burung Tekukur vs Doa Seorang Rakan
Jebak Burung Tekukur vs Doa Seorang Rakan. Ertinya DOA Insan. Doa adalah penyerahan bukan tuntutan. Kisah yang boleh dijadikan pesan untuk awak. Doa kepada Allah yang Satu.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhjlVHgRA2OKcuEj-OOQpH5oyuhJFG5gaKbld2FrhySIHqCYCn_Ov0WhdkzN8UZb7Vj13R9pDxcVkKTGrkMqE0yO-17XEj49QjKxtpzsThZTc1_624gdk0yhffCSNsIDH1jsnneDVhWo9D-/s320/Jebak+Burung+Tekukur+vs+Doa+Seorang+Rakan.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhjlVHgRA2OKcuEj-OOQpH5oyuhJFG5gaKbld2FrhySIHqCYCn_Ov0WhdkzN8UZb7Vj13R9pDxcVkKTGrkMqE0yO-17XEj49QjKxtpzsThZTc1_624gdk0yhffCSNsIDH1jsnneDVhWo9D-/s72-c/Jebak+Burung+Tekukur+vs+Doa+Seorang+Rakan.jpg
Pesan Untuk Awak
https://pesanuntukawak.blogspot.com/2016/09/jebak-burung-tekukur-vs-doa-seorang.html
https://pesanuntukawak.blogspot.com/
https://pesanuntukawak.blogspot.com/
https://pesanuntukawak.blogspot.com/2016/09/jebak-burung-tekukur-vs-doa-seorang.html
true
7980616351841776136
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy